This is me!. ![]() I am a otaku! Navigations Time Machine
Credits
DO NOT REMOVE THE CREDITS OR I WILL MAKE U SHAME!. Basecode by Cikin Skin by Ain Cute header by Kemetot Chomel Blog owner: ur name :)
| saya tak akan lupakan awak !
Sunday, February 5, 2012 | 11:59 PM | 0 comments
awak hari ni dah masuk sebulan awak terlantar di hospital ! awak bangun la... lama saya tunggu awak ! awak pernah kata yg awak mesti tengok muka saya setiap hari , kalau x awak x bole hidup . tapi skrg dah sebulan awak x tengok muka saya . awak x rindukan saya ke ? saya rindu sangat dekat awak . awak tolong sedar sbb saya perlukan awak. awak la lelaki yang paling baik yg pernah saya jumpe . awak tengoklah , saya pakai cincin yg awak bagi niih . awak bukalah mata awak . awak ingat x dulu , walau pun awak sibuk dengan kerja awak sebagai seorang arkitek , awak tetap lungkan masa untuk saya . sbb tu saya sayang sangat dekat awak . awak selalu marah saya , bila saya pegang tangan awak . awak ckp yg kita x bole bersentuhan sbb kita x de hubungan yg sah lagi. tapi skrg saya tengah pegang tangan awak, nape awak x marah saya ? saya nak dengar suara awak . Bulan lepas , masa kita jumpe , saya marah awak sbb awak pergi shopping x ajak saya . saya merajuk . awak call pun saya x angkat . bila saya sampai rumah , saya tengok kat dalam bilik ade satu bungkusan . bila saya bukak , saya nampak ade sehelai tudung , sepasang baju kurung bewarna hitam yg belum dijahit dan sepucuk surat . saya bukak surat tu and bace isinya. rupanya hadiah ni sume daripada awak. awak tulis kat dalam surat tu " Awak, saya nak awak jahit sendiri kain tu memjadi sepasang baju kurung dan memakainya pada hari jadi awak , 2 minggu depan . nanti saya pun pakai baju yg sama mcm awak ". Apabila hari jadi saya sampai , awak ajak saya keluar makan . kita makan dekat kedai yg dekat je dengan rumah awak . saya pakai baju dan tudung warna hitam yg awak kasi manakala awak memakai buju bewarna putih . saya tanya kenapa pakai baju warna putih sedangkan awak ckp nak pakai baju yg sama warna . awak cakap , hitam lawannya putih , sambil tersenyum . walau pun saya x faham kenapa , saya tetap tersenyum . awak ckp , saya nampak lebih cantik bila saya tersenyum. lepas kita makan , awak ckp awak nak balik kejab , nak ambil barang and nak buat kejutan untuk saya . sebelum awak naik kereta , awak melambai ke arah saya sambil tersenyum . bila lihat awak tersenyum , tetiba saya ras x sedap hati. berjam-jam saya tunggu awak dekat kedai tu .saya mcj awak x balas . saya call pun awak x angkat. dan akhirnya saya ambil keputusan untuk pergi ke rumah awak dengan menaikki teksi . apabila saya masuk simpang rumah awak saya nampak ade sebuah kereta honda accord berwarna putih sama mcm awak punya , tapi kereta tu dah REMUK ! saya turun dari teksi dan datang dekat dengan kereta tu . tiba -tiba saya nampak mak awak ade dekat situ sambil menangis . saya pergi dekat mak awak dan tanya kenapa . tak sempat mak awak ckp ape-ape , saya ternampak awak yg terbaring dekat dalam ambulans. kepala dengan awak berdarah . baju awak yg warna putih tu dah jadi warna merah ! saya menangis dan meraung macam org gila dekat situ . kenapa jadi macam niih ? ini ke kejutan yg awak ckp tu ? Apabila sampai hospital , doktor kata awak koma kerana ade pendarahan dekat otak awak . saya sedih sangat masa tu . hati saya hacur . saya x tau nak buat ape mase tu . awak koma sampailah hari ni ! masa saya tanya dekat polis ape punca kemalangan awak. polis tu ckp , mungkin mase kemalangan tu awak tengah balas mcj saya sbb dekat phone awak ade tertulis " Saya dah nak sampai . awak tunggu jab tau . saya ade kejutan untuk awak ". polis tu turut kasi saya sekotak cincin dan sepucuk surat yg dia jumpe dekat dalam kereta awak . saya baca surat yg awak tulis, awak tulis dekat surat tu dengan huruf besar "WILL YOU MARRY ME ?" . awak saya terharu sangat . Awak tengoklah saya pakai cincin yg awak bagi niih . awak bangunlah ! saya mohon tolong sedar ! awak kalau awak sedar , saya janji saya akan jadi isteri awak untuk seumur hidup saya ! sejak hari kemalangan tu , setiap hari saya pergi melawat awak dekat hospital bila habis kuliah . awak , saya selalu berdoa supaya awak sedar . saya nak bergurau dan berbual-bual dengan awak mcm dulu-dulu . saya nak sangat kita jadi mcm dulu .saya janji lepas nih saya x akan marah awak lagi. saya sayang awak ! awak tolong sedar dari koma awak yg panjang nih ! walau ape pun yg terjadi pada masa depan , saya nak awak tahu yg saya x akan lupakan awak sampai bila-bila ! saya sayang awak !
|